SUMBANGAN INFAQ SOLAR
Infaq merupakan satu bentuk kewangan sosial Islam yang bukan sahaja bertujuan untuk mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah SWT tetapi juga mempunyai tujuan sosial iaitu untuk memberi manfaat dan membangunkan masyarakat, tidak kira masyarakat Muslim mahupun bukan Muslim. Selain peningkatan dari sudut ekonomi, penggunaan instrumen infaq untuk pemuliharaan sumber alam juga merupakan sebahagian manfaat kepada masyarakat.
Kami dari Solar Timur membuka ruang dan peluang untuk anda sama-sama menyumbang bagi sumbangan Infaq Solar Surau/Tahfiz bagi membantu mengurangkan kos bayaran bil elektrik yang ditanggung oleh AJK Surau/Tahfiz.
Masalah yang dihadapi oleh AJK Surau/Tahfiz ialah kos pembayaran bil elektrik yang tinggi dan kenaikan peratus SST kepada pengguna yang bil elektriknya lebih daripada RM 220 dan keatas.
Dengan adanya infaq solar ini, ianya memudahkan AJK Surau/Tahfiz untuk mengurangkan bayaran bil elektrik setiap bulan dan memudahkan AJK Surau/Tahfiz dimana mereka tidak perlu menggunakan duit daripada tabung Surau/Tahfiz untuk membeli panel solar.
Riwayat Ath-Thabaraaniy pernah bersabda “Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.” (HR. Al-Qadlaa'iy dalam Musnad Asy-Syihaab no. 129, Ath-Thabaraaniy)
"BERIKAN TENAGA BERMANFAAT MELALUI INFAQ SOLAR"
- INFAQ SOLAR SURAU TARBIAH
Harapan AJK Surau : Saya berharap dengan sumbangan Infaq Solar ini dapat mengurangkan kos bayaran bil elektrik serta dapat menambahkan kegiatan amal sosial dan dapat memupuk hubungan silaturahim sesama jemaah dan AJK surau ini.
Akad : "Saya membeli sistem solar dengan harga RM 2,000/Set solar @ RM 200/Lot untuk diinfaqkan ke Surau Tarbiah.
- INFAQ SOLAR SURAU AL-AMIN
Harapan AJK Surau : Saya berharap dengan sumbangan Infaq Solar ini dapat meringankan beban AJK surau untuk membayar bil elektrik serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah dan AJK di surau ini.
Akad : "Saya membeli sistem solar dengan harga RM 2,000/Set solar @ RM 200/Lot untuk diinfaqkan ke Surau Al-Amin.
- INFAQ SOLAR TAHFIZ ALFALAH
Harapan Pemilik Tahfiz : Saya selaku pengetua Tahfiz AlFalah berharap dengan sumbangan Infaq Solar ini sedikit sebanyak dapat memudahkan seramai 300 pelajar melakukan aktiviti harian di Tahfiz AlFalah.
Akad : "Saya membeli sistem solar dengan harga RM 2,000/Set solar @ RM 200/Lot untuk diinfaqkan ke Tahfiz AlFalah.
Note : Anda boleh memilih salah satu pilihan yang ada diatas untuk diinfaqkan. Anda cuma boleh memilih satu pilihan sahaja untuk di infaq dalam satu masa.